Tuesday, February 10, 2009

tentang diriku

Aku dilahirkan pada 10 julai 1986 di sebuah daerah di Melaka. Ibu bapaku telah memberikan namaku sebagai Kamsiah Bt. Hasan. Aku merupakan anak keempat daripada tujuh orang adik beradik. Aku mempunyai seorang sahaja abang manakala adik beradik yang lain terdiri daripada perempuan di mana aku mempunyai dua orang kakak dan tiga orang adik perempuan.
Tahun berikutnya aku telah memulakan pendidikan sekolah rendah di sekolah Rendah Kebangsaan Lereh. Setelah berjaya dengan agak cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, aku menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Seri Tanjong dengan menempatkan diri di dalam Program Rancangan Khas. Aku menyambung pelajaran di sekolah ini sehingga Tingkatan 3. Apabila keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di umumkan saya berjaya mendapat keputusan yang agak baik. Hal ini telah mendorong diriku untuk memohon untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu.
Permohonanku berjaya lalu aku di terima masuk oleh Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu. Maka bermulalah kehidupanku sebagai seorang pelajar teknik serta pelajar asrama. Status sebagai pelajar asrama, pasti pelbagai perkara terbayang apabila mendengar di minda setiap orang. Tidak dinafikan apabila menjadi pelajar asrama perbagai pengalaman yang dapat dikutip. Sesungguhnya pengalaman mendewasakan. Kemudian apabila keputusan SPM diumumkan, keputusan aku hanya biasa-biasa sahaja. Aku tidak diterima di mana-mana pusat pengajian tinggi awam. Maka dari situ aku nekad untuk menyambung pengajian di Tingkatan Enam.
Aku memulakan langkah dengan tekad untuk menimba ilmu di sekolah lama yang pernah aku tinggalkan iaitu Sekolah Menengah Seri Tanjong. Saya belajar bersungguh-sungguh dan pada masa itu aku telah mempunyai hubungan yang baik dengan kaunselor perempuan di sekolahku. Kaunselor itu begitu baik dan banyak memberi dorongan kepada aku dan rakan-rakan untuk mencapai kejayaan di dalam peperiksaan STPM. Beliau juga begitu bersungguh-sungguh mengadakan pelbagai kursus motivasi untuk meningkatkan semangat belajar kami. Pada masa itu aku dapat melihat kesungguhan beliau dan telah menimbulkan minatku untuk menyambung pengajian di dalam kursus yang berkaitan dengan bidang bidang kaunseling. Akhirnya aku berjaya mendapat keputusan yang agak cemerlang di dalam peperiksaan STPM dan aku membuat keputusan untuk memohon untuk mengikuti Program Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Setelah menunggu, akhirnya keputusan permohonan diumumkan dan aku berjaya mengikuti Program Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Maka dari situ bermulalah hidupku sebagai pelajar Bimbingan dan Kaunseling di UPSI hingga sekarang.

1 comment: