Wednesday, February 11, 2009

Teknik Belajar Berkumpulan


Peranan belajar berkumpulan
Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita mempunyai peranan dalam kumpulan.

Ahli mesti sehaluan
Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu cemerlang dalam pelajaran. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bukan hanya ia merupakan sahabat karib sahaja.

Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut
Apabila kita telah menyediakan ahli dengan tajuk, kita mestilah juga memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut. Ini sangat penting kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.

Berbincang dengan guru atau orang yang arif
Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru. Ini bertujuan untuk kita lebih memahami tentang topik tersebut. Dengan demikian, kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.

Penumpuan semasa ahli membentang
Penglibatan semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. Penghormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan.

Bersoal jawab
Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yang relevan dibincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Perkara yang dibincangkan dapat membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang dibincangkan.

Agihkan bahan
Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai ketua yang berbeza-beza.ini adalah untuk memberikan peluang dan tanggungjawab kepada semua ahli.

1 comment:

  1. Good Job!...tahniah, cikgu link posting ini dalam artikel Minda Pendidikan cikgu...silalah melawat blog cikgu...

    ReplyDelete