Wednesday, February 11, 2009

Teknik Belajar Berkumpulan


Peranan belajar berkumpulan
Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita mempunyai peranan dalam kumpulan.

Ahli mesti sehaluan
Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu cemerlang dalam pelajaran. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bukan hanya ia merupakan sahabat karib sahaja.

Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut
Apabila kita telah menyediakan ahli dengan tajuk, kita mestilah juga memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut. Ini sangat penting kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.

Berbincang dengan guru atau orang yang arif
Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru. Ini bertujuan untuk kita lebih memahami tentang topik tersebut. Dengan demikian, kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.

Penumpuan semasa ahli membentang
Penglibatan semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. Penghormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan.

Bersoal jawab
Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yang relevan dibincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Perkara yang dibincangkan dapat membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang dibincangkan.

Agihkan bahan
Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai ketua yang berbeza-beza.ini adalah untuk memberikan peluang dan tanggungjawab kepada semua ahli.

Tuesday, February 10, 2009

selamat membaca


Ini merupakan kali pertama aku mempunyai blog sendiri...ini pun atas suruhan pensyarah subjek Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling iaitu En. Aziz Yatim..Pada mulanya aku tidak mengetahui apa itu blog dan masih kabur dengan perkara ini. Namun setelah didedahkan oleh pensyarah kami barulah aku tahu...aku bersetuju dengan penggunaan blog ini...melalui blog, kita semua dapat berkongsi maklumat dan idea tentang sesuatu perkara terutamanya yang berkaitan dengan kaunseling....Oleh itu aku akan cuba menggunakan dan memanfaatkan blog ini untuk berkongsi ilmu yang diperolehi dengan semua yang ada di luar sana..sekian....selamat membaca.

tentang diriku

Aku dilahirkan pada 10 julai 1986 di sebuah daerah di Melaka. Ibu bapaku telah memberikan namaku sebagai Kamsiah Bt. Hasan. Aku merupakan anak keempat daripada tujuh orang adik beradik. Aku mempunyai seorang sahaja abang manakala adik beradik yang lain terdiri daripada perempuan di mana aku mempunyai dua orang kakak dan tiga orang adik perempuan.
Tahun berikutnya aku telah memulakan pendidikan sekolah rendah di sekolah Rendah Kebangsaan Lereh. Setelah berjaya dengan agak cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, aku menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Seri Tanjong dengan menempatkan diri di dalam Program Rancangan Khas. Aku menyambung pelajaran di sekolah ini sehingga Tingkatan 3. Apabila keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di umumkan saya berjaya mendapat keputusan yang agak baik. Hal ini telah mendorong diriku untuk memohon untuk menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu.
Permohonanku berjaya lalu aku di terima masuk oleh Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu. Maka bermulalah kehidupanku sebagai seorang pelajar teknik serta pelajar asrama. Status sebagai pelajar asrama, pasti pelbagai perkara terbayang apabila mendengar di minda setiap orang. Tidak dinafikan apabila menjadi pelajar asrama perbagai pengalaman yang dapat dikutip. Sesungguhnya pengalaman mendewasakan. Kemudian apabila keputusan SPM diumumkan, keputusan aku hanya biasa-biasa sahaja. Aku tidak diterima di mana-mana pusat pengajian tinggi awam. Maka dari situ aku nekad untuk menyambung pengajian di Tingkatan Enam.
Aku memulakan langkah dengan tekad untuk menimba ilmu di sekolah lama yang pernah aku tinggalkan iaitu Sekolah Menengah Seri Tanjong. Saya belajar bersungguh-sungguh dan pada masa itu aku telah mempunyai hubungan yang baik dengan kaunselor perempuan di sekolahku. Kaunselor itu begitu baik dan banyak memberi dorongan kepada aku dan rakan-rakan untuk mencapai kejayaan di dalam peperiksaan STPM. Beliau juga begitu bersungguh-sungguh mengadakan pelbagai kursus motivasi untuk meningkatkan semangat belajar kami. Pada masa itu aku dapat melihat kesungguhan beliau dan telah menimbulkan minatku untuk menyambung pengajian di dalam kursus yang berkaitan dengan bidang bidang kaunseling. Akhirnya aku berjaya mendapat keputusan yang agak cemerlang di dalam peperiksaan STPM dan aku membuat keputusan untuk memohon untuk mengikuti Program Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Setelah menunggu, akhirnya keputusan permohonan diumumkan dan aku berjaya mengikuti Program Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Maka dari situ bermulalah hidupku sebagai pelajar Bimbingan dan Kaunseling di UPSI hingga sekarang.